Aku tak berani cakap jadi aku tulis

Wednesday, May 26, 2010

Bermadu 2

Saya kalau bertelagah pendapat dengan suami memang jarang menang.
Mungkin suami lebih bijak dari saya.
Atau mungkin hujah suami memang benar.

Dahulu saya berpendapat orang lelaki yang kawen lebih ni orang itu serba kurang.
Kurang dari pelbagai segi justeru itu dia perlu lebih dari seorang untuk jadi pelengkap....
Itu dulu...ketika saya bercakap selalu dulukan emosi.

Ketika suami (ketika itu boyfriend) bentangkan hujah simple yang buat saya terdiam saya tak setuju dengan kata2nya...saya mau anggap kata2nya hanya sekadar gurauan..

Tapi bila saya sudah hidup berumahtangga..banyak betul ilmu yang suami ajarkan.
Ilmu rumahtangga..ilmu keluarga bahagia..ilmu ketenangan hati.
Saya memang kagum pada suami..saya belum pernah jumpa kualiti seperti itu pada lelaki lain yang saya rapat.

Suami kata pada saya....
Orang lelaki yang normal fitrahnya serupa..pasti ada keinginan beristeri lebih..hardware dan software memang telah didesign kearah itu...namun suami yang beriman hanya akan bernikah lebih apabila ianya adalah perkara yang terbaik untuk dilakukan buat agamanya, buat keluarganya dan buat dirinya...isteri jangan marah bila suami mau kawen lagi tapi cuba cari satu titik persamaan dari perbezaan pendapat itu sebagaimana suami jangan marah jika isteri menghalang suami berkahwin lagi kerana dalaman seorang isteri itu Allah cipta memang sedemikian..namun porak peranda atau bahagianya sesebuah rumahtangga itu kita sendirilah yang menentukan..tak kiralah suami punya berapa isteri..

Secara peribadi saya rasa semua isteri pasti merasa sedih bila dimadukan.
Tetapi berapa lama mau sedih?
Apakah hidup sudah berakhir?
Kalau sudah itu ketentuan Allah kita harus baik sangka..harus setia sokong suami supaya suami kekal kuat mengemudi rumahtangga..bukan untuk kita semata tapi tataplah wajah anak2 kita..
Kerna apa kita bernikah dulu?
Kerna cinta?
Kerna paksa?
atau kerna Allah?
kerana Allah pasti menjaga..

Saya bukan mau cakap besar atau celupar...
Jika suami beritahu mau nikah lagi di suatu hari..
Saya pasti menangis hiba..
Tapi saya mau sokong dia..kerana saya percaya itu yang terbaik untuk agama saya..keluarga saya..dan diri saya.

Andai kata tidak adil...rugikah saya?
Tidak sahabat...kita tidak rugi..malah andai kita sabar besar ganjaran menanti disana...

Bermadu....terfikir tak kenapa namanya 'madu'

*kalau wanita bisa kawen 2...saya takkan madukan suami saya*

Tuesday, May 25, 2010

Bermadu 1

Semasa saya sedang hangat2 berchenta dengan suami (xde hangat mana pon..dating berdua pon 2 kali jek)kami pernahlah bercerita tentang topik poligami..sajalah saya nak tau pendapat dia macamana kan...

Tup tup dia kata..
'kalau i nak kawen lagi satu i akan cakap dengan my wife, i takkan sorok'
saya pula kata..
'Hish...abis tu u nak kawen lebih ke? bini sorang x cukup ke' dah emosi tu...
'I kata kalau i nak kawen lagi satu i akan bagitau my wife...kalau masa tu u dah jadi my wife i bagitau u lah'
'so u memang sokong la poligami...kalau i tak bagi u kawen jugak ke?'saya tanya..emosi sangat tu..
'Sapa yang mintak izin dengan u? i kata i akan bagitau bukannya nak mintak izin.kenapa pulak nak mintak izin?'jawab dia
'Bukan undang2 kena mintak isteri sign ke?'
'Itu undang2 manusia...Allah beri izin sapa u taknak beri izin?Kalau u ada hujah lagi bagus dari hujah Allah, masa tu confirm i takkan kawen lebih'
'So memang ada kemungkinanlah i bermadu kalau kawen dengan u ye?'
'InsyaAllah tapi sekarang belom ada keperluan'......

*diam sepanjang date*

Thursday, May 20, 2010

Express Rakyat

Macamana saya nak mula ye.
Sebab saya tak jangka benda ni.
Saya rancang lambat lagi.
Paling awal pun biarlah lepas raya.
Mungkin dah memang keturunan jenis tak sabar.
Apa benda pun nak express aje.
Bila jadi macam ni.
Tak tau nak kata perasaan macamana.
Ada suka, takut, segan...macam2 ada.
Apapun perasaan saya ketika ini.
Apapun reaksi saya ketika ini.
Apapun perkataan saya ketika ini.
Hakikat yang pasti.
Saya dah hamil anak kedua.

Teehee............

Tuesday, May 18, 2010

Saya mau masuk syurga bang...

Kalau sesiapa melawat FB saya pasti ada terbaca status saya yang bicara tentang tanggungjawab isteri. Saya terpanggil meletakkan status sebegitu bukanlah bertujuan mau bikin statement macam baguss...statement itu dari hati saya sebagai seorang isteri dan ibu...dan juga sebagai salah satu medium untuk saya menyampaikan apa yang saya tahu kalau ia boleh dipanggil sebagai dakwah...Bukankah kita disaran agar ingat mengingati..

Kelmarin saya ada menegur seorang sahabat di FB bila statusnya seakan meminta suami berterima kasih bila si isteri masak untuk sang suami kerana isteri belum tentu pandai masak,etc lebih kurang begitulah...ataupun mungkin statement itu hanya copy paste dari statement orang lain..wallahualam
Saya secara terangan menegur dia kerana saya teringat ceramah di masjid berdekatan rumah oleh ustaz Amin (Dia ada blog yang bagus) di mana dia menyatakan tentang dosa2 moden orang perempuan..salah satu daripadanya ialah:
MENCERITAKAN HAL YANG TIDAK ELOK TENTANG KELUARGA DI FACEBOOK atau yang sewaktu dengannya...ini termasuklah mengadu domba dan meluahkan rasa tidak puas hati..apatah lagi yang diadu domba itu merupakan salah satu dari tanggungjawab isteri..saya merasakan perlu untuk menegur kerna saya sudah tau perbuatan itu SALAH walau suaminya tidak marah..(atau mungkin marah tapi malas nak bergaduh)

Saya tidak mau cerita lebih lanjut tentang teguran saya itu kerana bukan semua orang boleh terima dakwah kita...nabi pun sampai berpindah ke Madinah bila dakwahnya tidak diterima apatah lagi dakwah saya yang iman sendiri pun jauh lebih nipis dari kulit bawang.
Kita orang perempuan selalu mengeluh kan??kerap mengeluh bila setelah penat seharian bekerja di pejabat dan sehabis jam pejabat bergegas ke rumah harus menyediakan juadah untuk keluarga pula...penat belum habis tenaga tak henti dikerah bak kata orang..lalu kita rasa kita saja yang berkorban untuk keluarga...korban masa, korban duit, korban tenaga ... senang cerita isteri lah yang paling banyak berkorban..dan suami tak nak pula ucap terima kasih...

Saya dulu pun selalu rasa macam tu. Selalu saja rasa saya yang kerap memberi dan tak pernah pula dihargai. Tapi mungkin umur sudah makin meningkat dan ilmu juga lebih banyak dari dulu buat saya rasa kebanyakan orang perempuan ni terlalu melebih lebih dalam soal rumahtangga. Suami lupa ucap harijadi kita merajuk...suami tak lafaz kalimah 'i love u' kita meradang...significant sangatka segala ucapan bibir itu..

Pernah kah kita fikir..suami minta kita masak bermakna suami sayang kita...dia mahu makan air tangan isteri dia..bukan air tangan perempuan lain..bila suami sendawa kekenyangan bermakna 'sedap isteri aku masak' walaupun tiada lafaz keluar dari bibir mereka. Kita selalu pandang suami orang lebih baik dan mau suami kita berlaku romantik selagaknya suami2 orang lain sedangkan kita tidak tau apa pula masalah yang mereka hadapi dan betapa bertuahnya kita punya suami seperti suami2 kita itu...

Menceritakan aib suami adalah dosa besar..saya pernah buat begitu dalam facebook...menyesal saya..saya pernah tulis dalam status yang menggambarkan ada perselisihan faham antara kami...suami baca status saya dan sangat dingin selama 2 hari. Saya sedar silap saya dan mohon maaf (email sahaja..nak cakap malu). Kemudian diterangkan dia kepada saya perlakuan saya itu tidak melambangkan isteri yang baik kerana seorang isteri takkan pernah cerita hal rumahtangga ataupun mengadu domba pada umum...saya malu sangat..walaupun saya solat 5 waktu dan berimej muslimah, rupanya saya masih jahil...berdosanya saya..bayangkan kalau saya mati tanpa ampun dan redha suami..

Bila sudah bersuami, syurga kita tidak lagi atas ibu kita tapi suamilah syurga isteri..Selagi tidak melanggar syariat kita WAJIB patuh...ini termasuklah melayan kehendak suami... Janganlah hanya ingat melayan maksudnya di aras katil sahaja...salah persepsi sebegitu..melayan suami bermaksud membahagian dia..jadilah isteri yang membahagiakan suaminya..
Sememangnya suami juga manusia biasa..mereka tak lepas dari khilaf..usahlah kita sedih sekiranya tidak dilayan ikut mau kita...kita berkahwin kerana Allah...bukan kerana suami..selalu ingat Allah akan menjaga kita..kalau kita boleh tanamkan itu dalam hati..kita takkan pernah gusar dengan layanan suami..berlaku baik pada suami kerana ALLAH...perbetulkan niat pasti semuanya kan jadi bahagia..Saya juga mengingati diri saya sendiri....

Buat suami saya...saya cukup bertuah berkahwin denganmu..banyak saya belajar..biarlah tiada ucapan sayang dan kasih...tiada markah 5 star untuk masakan saya..kerana saya tau sayang itu tetap disitu...berilah saya peluang untuk jadi isteri yang solehah kerana saya mau ikut abang ke syurga....

Tuesday, May 11, 2010

Minta dan beri

Masih lagi berkisar pasal Hari Ibu *sesudah laa tu orang lain ibu jugak*ahh tak kira lah kan nak jugakkkk*asal ngadanya mak orang ni*

Ok sekarang mula cerita..Time mother's day ahad lepas saya dapatlah beberapa wish yang spesifik dituju untuk saya. Yang general wish kat FB tu tak kira eh. Yang paling terharu mestilah dari anak2 saya si Asyraf tonjangilerhansome dan si Aliabaliacomel. Azfar belom pandai cakap tapi saya anggap dia wish jugak bila kejap2 asyik raba *tut* mintak nenen. Asyraf call saya dari hostel dengan nada ceriaaa
"happy mother's day antyyyyyyyy....i love uuuuuu" Inilah Asyraf saya yang sangat baik dan selalu menggembirakan hati..dia memang anak saya..walau bukan saya yang sakit beranakkan dia..dia tetap anak saya dunia akhirat...memang tak susah nak jatuh cinta sama Asyraf..hampir 4 tahun kami tinggal bersama saya jadi tempat dia bercerita *selalunya pasal girlfriend takpun pasal x girlfriend yang meroyan nakkan dia balik...* saya juga jadi tempat dia mengadu domba kalau papa marah sebab malas study *selalunya saya marah dia sekali..hehe* Saya jugaklah tempat dia nak mintak apa2..duit ke, blanja makan ke, nak pinjam handfon telefon girlfriend ke...macam macamlah. But the most important thing....walau nampak macam saya yang banyak memberi..hakikatnya pemberian dari dia lebih bernilai dari segala apa yang saya telah berikan...dia beri saya cinta dan kasih sayang..dia gelar saya 'mom' bila merujuk saya pada kawan2..dia memang anak saya.

Alia pula beri saya message di inbox lewat petang itu..tak lupa kata 'i love u'..Dia beza 10 tahun dari saya tapi sangat matang berbanding usia..saya bangga sama Alia kerna dia anak yang sangat taat dan bijak. Saya tau Alia rindu arwah mamanya..saya dapat kesan sendu resahnya hari itu...apalagi harus saya katakan padanya selain bekalkan al fatihah dan doa kirim pada mamanya yang berada di tempat yang lebih elok kini...tempat ibu takkan pernah bersilih ganti....bila jadi ibu tiri jangan berangan mau ganti tempat itu..kau takkan pernah mampu..dah duduk sana diam2.

Oh sang papa tidak bother untuk ucap pun..bukan style dia mau beri ucapan hari ibu segala..saya ada juga complaint tapi katanya significant apa dengan ucapan sebegitu? sedangkan dia sangat baik pada saya sepanjang tahun *sudah 4 tahun sebenarnya* saya yang tak berminat mau argue dengan dia hanya diam saja...sambil angguk2 kepala tanda redha..teringat pula pernah komen tentang status kawan dia di FB yg memperuntukkan weekend hanya untuk isteri..."baiknya fren u....weekend spend time dengan bini"....suami saya jawab mudah...."betol...tapi weekdays dia spend dengan orang lain" Saya terdiam..dalam hati kata'haah yek..laki aku tetiap hari depan mata...tak reti nak syukur lagi???'

Sunday, May 9, 2010

Ibu betul Ibu Palsu

Saya ibu betul. Betul saya tak tipu. Saya tak palsu. Tapi kalau ada yang kata ibu tiri itu palsu. Palsulah saya jadinya.
3 tahun saya jadi ibu tiri pada 3 orang remaja hensem cantik comel, baru tuhan berkati dengan rezeki jadi ibu yang betul2 punya tak tipu. Tapi ibu tiri itu bukan ibu ke? Mana tempat ibu tiri itu? dari sudut agama apakah ibu tiri itu diiktiraf untuk dihormati dan disayangi?
Kalau banyak tengok drama melayu mesti takut dengan ibu tiri. Ibu tiri selalu jadi jahat dalam cerita kat TV. Pukul anak sampai mati. Betul ke ni? Tapi kalau tengok dalam berita banyak ayah tiri yang rogol cabul segala..

Saya ibu tiri..Saya tak minta lebih..apa yang ada sekarang saya sudah happy..walau saya ibu tiri.

Pertama

Selamat Hari Ibu buat setiap insan yang bergelar ibu. Tahun ini pertama kali saya menyambutnya untuk diri sendiri..diberi peluang untuk bergelar ibu..akhirnya.
Apa rasa jadi ibu?...apa beza bila sudah bergelar ibu?
Saat saya tau saya mau timang anak*yang sebenarnya tak larat nak timang2..sudah berat*saya rasa hidup saya pasti akan berubah..saya selalu berimiginasi saya akan jadi ibu yang sangat sofistikated..saya akan pastikan anak mendapat perhatian dan keperhatinan yang bukan sekadar par...maunya saya mesti hole in one..serba serbi mesti SEMPURNA...itu mau saya.

Saat saya melahirkan..emosi saya plain..tiada corak dan warna. Saya letih dengan ubat sedatif dan tak mampu bergerak selepas perut dipotong2 begitu. Saya melihat anak dengan senyum hambar. Saat itu saya pasti ianya yang kita panggil 'baby blues'.

Saat pulang dari hospital saya masih letih. Saya mau tidur tapi saya perlu menyusukan. Fikiran saya terbeban..rasa tidak betah jadi ibu..tidak sedia..tidak kompeten..gagal.
Kerna saya sebelumnya lupa yang ibu itu masih manusia..masih tau penat..masih bisa marah kalau ada yang tak kena..masih rasa sakit bila disakiti. Saya lupa.....

Kini...saya ikut bahasa badan..melakukan dengan ikhlas..itu ubat penat..Kasih sayang datang sendiri tanpa dipaksa2..saya bukan ibu yang jatuh cinta pada sang anak at the first sight..saya perlu pupuk cinta itu..dan sekarang saya tak mahu hilang cinta itu..saya rasa lengkap walaupun saya serba kurang..