Aku tak berani cakap jadi aku tulis

Wednesday, May 26, 2010

Bermadu 2

Saya kalau bertelagah pendapat dengan suami memang jarang menang.
Mungkin suami lebih bijak dari saya.
Atau mungkin hujah suami memang benar.

Dahulu saya berpendapat orang lelaki yang kawen lebih ni orang itu serba kurang.
Kurang dari pelbagai segi justeru itu dia perlu lebih dari seorang untuk jadi pelengkap....
Itu dulu...ketika saya bercakap selalu dulukan emosi.

Ketika suami (ketika itu boyfriend) bentangkan hujah simple yang buat saya terdiam saya tak setuju dengan kata2nya...saya mau anggap kata2nya hanya sekadar gurauan..

Tapi bila saya sudah hidup berumahtangga..banyak betul ilmu yang suami ajarkan.
Ilmu rumahtangga..ilmu keluarga bahagia..ilmu ketenangan hati.
Saya memang kagum pada suami..saya belum pernah jumpa kualiti seperti itu pada lelaki lain yang saya rapat.

Suami kata pada saya....
Orang lelaki yang normal fitrahnya serupa..pasti ada keinginan beristeri lebih..hardware dan software memang telah didesign kearah itu...namun suami yang beriman hanya akan bernikah lebih apabila ianya adalah perkara yang terbaik untuk dilakukan buat agamanya, buat keluarganya dan buat dirinya...isteri jangan marah bila suami mau kawen lagi tapi cuba cari satu titik persamaan dari perbezaan pendapat itu sebagaimana suami jangan marah jika isteri menghalang suami berkahwin lagi kerana dalaman seorang isteri itu Allah cipta memang sedemikian..namun porak peranda atau bahagianya sesebuah rumahtangga itu kita sendirilah yang menentukan..tak kiralah suami punya berapa isteri..

Secara peribadi saya rasa semua isteri pasti merasa sedih bila dimadukan.
Tetapi berapa lama mau sedih?
Apakah hidup sudah berakhir?
Kalau sudah itu ketentuan Allah kita harus baik sangka..harus setia sokong suami supaya suami kekal kuat mengemudi rumahtangga..bukan untuk kita semata tapi tataplah wajah anak2 kita..
Kerna apa kita bernikah dulu?
Kerna cinta?
Kerna paksa?
atau kerna Allah?
kerana Allah pasti menjaga..

Saya bukan mau cakap besar atau celupar...
Jika suami beritahu mau nikah lagi di suatu hari..
Saya pasti menangis hiba..
Tapi saya mau sokong dia..kerana saya percaya itu yang terbaik untuk agama saya..keluarga saya..dan diri saya.

Andai kata tidak adil...rugikah saya?
Tidak sahabat...kita tidak rugi..malah andai kita sabar besar ganjaran menanti disana...

Bermadu....terfikir tak kenapa namanya 'madu'

*kalau wanita bisa kawen 2...saya takkan madukan suami saya*

No comments:

Post a Comment